Peruntukan Tambahan RM600 Juta Untuk KKM

Berikutan peningkatan kes Covid 19, pihak kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM500 juta untuk pembelian peralatan yang berkenaan bagi membantu menangani peningkatan kes Covid 19. Selain itu peruntukan sebanyak RM100 juta diberikan untuk melantik staf kontrak seramai 2000 khasnya jururawat. Ia termasuk kakitangan yang telah bersara boleh dipanggil kembali bertugas untuk membantu.

Peruntukan Tambahan KKM

RM500 juta – Peralatan dan ubat ubatan

RM100 juta – Tambah kakitangan kontrak termasuk kakitangan KKM yang pencen untuk berkhidmat bagi membantu kakitangan sedia ada seramai 2000 orang.

Hal telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23hb Mac 2020.

Peruntukan tambahan RM600 juta ini merupakan antara langkah pro aktif kerajaan dalam mengawal dan membendung penularan wabak Covid 19 yang masih meningkat di dalam negara. Pakej Bantuan dan Rangsangan Ekonomi tambahan akan diumumkan pada 30hb Mac 2020.

Bersama kita nantikan.

Semoga dengan langkah ini, penularan wabak Covid 19 ini dapat dibendung dan kita boleh kembali kepada sedia ada. Mohon kerjasama semua agar mengikuti semua arahan pihak kerajaan untuk kebaikan bersama.

Kita juga adalah hero dengan duduk dirumah, kurangkan contact dengan orang lain yang mungkin membawa wabak Covid 19. Doakan negara kita dapat melalui ujian besar ini dengan sebaik mungkin.

Kita jaga kita. Stay safe at home.

Kerajaan sudah sedaya upaya membantu dengan sumber kewangan yang terhad.