Peruntukan RM130 Juta Untuk Kerajaan Negeri

Bagi membantu rakyat yang terjejas dengan wabak Covid 19. Kerajaan telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM130 juta yang akan diberikan kepada 3 golongan sasar. Peruntukan ini akan diberikan kepada kerajaan negeri untuk diserahkan kepada rakyat di negeri masing-masing.

3 Golongan sasar untuk bantuan ini, adalah peniaga kecil dan penjaja, keluarga dan mangsa covid 19 dan juga kakitangan yang terlibat dalam membendung wabak covid 19 di negeri-negeri. Cara dan kaedah bantuan akan ditentukan oleh kerajaan negeri.

Mangsa Covid 19 juga boleh memohon bantuan RM100 sehari daripada NADMA.

Ketika artikel ini ditulis, Perintah Kawalan Pergerakan kini mencecah hari ke 7. Jumlah mangsa Covid 19 terus meningkat dan jumlah kematian juga mencecah 14 orang. Bagi mereka yang mempunyai contact dengan mereka yang positif Covid 19 diminta untuk kuarantin diri sendiri selama 2 minggu.

Jika terdapat simptom seperti batuk, demam dan sakit tekak yang teruk, sila dapatkan rawatan dan membuat saringan di hospital berdekatan. Elakkan contact dengan orang lain.

Bersama sama kita menghadapi wabak ini dengan penuh tanggungjawab. Elakkan orang lain dijangkiti virus Covid 19. Bersabar dengan ujian ini. Semoga ia berlalu dengan cepat dan pantas.

Stay at home. Stay safe dengan sentiasa menjaga kebersihan. Kerap basuh tangan dan lakukan social distancy 1 meter jika berada di luar rumah dengan orang lain.

Kita jaga kita. Doakan kita semua selamat daripada wabak ini.

Leave a Reply