Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Selama 6 Bulan

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pendapatan kebanyakan rakyat terjejas terus. Berikutan pelaksanaan PKP ini pihak bank dibawah AIBIM menawarkan penangguhan bayaran pinjaman (moratarium) kepada pelanggan mereka yang terjejas.

Update terkini (24hb Mac 2020), Bank Negara Malaysia membenarkan penangguhan bayaran pinjaman, gadai janji dan sewa beli secara automatik. Jadi tiada permohonan diperlukan bagi membantu IKS menghadapi bebanan kewangan akibat penularan Covid 19 kecuali pembayaran kad kredit.

 

 

Maksud Moratarium

Moratarium bermaksud penangguhan bayaran balik pinjaman bank ditawarkan kepada semua pelanggan mereka yang terlibat yang terjejas kerana wabak Coronavirus Covid 19 yang mula menyerang negara ini. Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium.

Pelanggan tidak perlu membayar pinjaman mereka selama 6 bulan. Antara produk yang dibenarkan penangguhan ialah:

  • Pembiayaan peribadi
  • Pinjaman rumah
  • Sewa beli kereta
  • Pinjaman SME
  • Overdraft

.

penangguhan bayaran pinjaman

CARA MEMOHON PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN

Permohonan tidak diperlukan. Diatas arahan BNM, semua penangguhan ini berkuatkuasa secara automatik untuk mereka yan tidak mempunyai tunggakan selama 90 hari bermula April. Penangguhan ini tidak melibatkan bayaran Kad Kredit dimana pihak bank boleh menawarkan baki bayaran kad kredit kepada pinjaman jangka pendek.

Baca: Pengeluaran Akaun 2 KWSP i Lestari

Anda boleh melayari laman web rasmi Bank berkenaan dan juga agensi yang terlibat seperti TEKUN untuk maklumat lanjut tentang penangguhan pembayaran pinjaman selama 6 bulan ini.

Wabak Covid 19 semakin teruk di seluruh dunia. Kebanyakan negara mula menyekat kemasukan rakyat asing bagi membendung penularan wabak ini.

Semoga vaksin bagi wabak ini ditemui dengan segera. Anda boleh cuba untuk memohon penangguhan bayaran pinjaman ini untuk mengurangkan beban akibat kehilangan pendapatan sepanjang wabak ini berlaku.

Semoga tuhan melindungi kita semua.

Teruskan mengikut arahan yang diberikan kerajaan bagi memastikan wabak coronavirus ini dapat dibendung didalam negara ini. Kajian yang berterusan bagi membangunkan vaksin bagi virus ini perlu dipercepatkan.

Stay at home. Kita jaga kita.

update 24/3/2020: BNM membenarkan penangguhan ini secara automatik tanpa perlu permohonan untuk semua peminjam. Pihak bank akan mengeluarkan garis panduan dan jadual baru bagaimana pembayaran akan dilakukan selepas 6 bulan moratarium ini. Pembayaran kad kredit walau bagaimanapun perlu dibayar seperti biasa.

Mohon share untuk makluman rakan kita yang lain.