Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Berikutan Covid 19

Kerajaan telah mengumumkan bantuan sebanyak RM600 kepada pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji berikutan wabak Covid 19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan ini sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau Employement Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO. Bantuan RM600 Perkeso ini dapat membantu sedikit sebanyak pekerja yang tiada pendapatan sementara ini.

 

Bantuan sebanyak RM600 sebulan ini akan disalurkan kepada para pekerja selama enam bulan (maksima) bergantung kepada tempoh notis majikan. Jika diberikan notis 3 bulan, maka hanya bantuan selama 3 bulan contohnya kakitangan MAS, Firefly dan beberapa syarikat penerbangan bagi mengurangkan kos akibat kekurangan penumpang akibat Covid 19.

bantuan rm600 perkeso

 

SYARAT PERMOHONAN

Sebelum itu, berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan bantuan PERKESO:

  • Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji sekurang kurangnya 30 hari bermula 1 Mac 2020;
  • Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO sekurang kurangnya 1 bulan caruman;
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
  • Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
  • Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerimanya daripada PERKESO.

Tujuan program Employment Retention Program (ERP) adalah untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka. Ini diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi 2020 baru baru ini.

Bantuan ini akan disalurkan kepada majikan berdaftar yang kemudiannya akan disalurkan kepada para pekerja yang terkesan dengan cuti tanpa gaji akibat daripada covid 19.

PERMOHONAN BANTUAN RM600 PERKESO

Setiap permohonan hendaklah dibuat secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 perkeso.gov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai pekerja hendaklah beserta butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Soalan lazim berkenaan program ERP adalah seperti di Lampiran 2. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkesoperkeso.qov.my. Untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan SIP dan program ERP, sila layari microsite eiscentre.perkeso.gov.my

Kenyataan Rasmi Daripada PERKESO

1) pdfKENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI

2) pdfPEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020

3) xlsxBORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

4) pdfBORANG – ERPC-19

5) pdfSOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Dengan adanya bantuan rm600 perkeso ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pekerja yang kehilangan pendapatan berikutan penutupan sementara operasi syarikat mereka bekerja. Selain daripada PERKESO, kerajaan juga menawarkan bantuan RM100 sehari buat mereka yang terjejas akibat covid 19 menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Ramai yang terjejas akibat Covid 19 bukan sahaja di Malaysia, malah di banyak negara. Kerajaan cuba mengawal penyebaran pandemik ini dengan melakukan langkah Peraturan Kawalan Pergerakan untuk mengehadkan rakyat bersentuhan antara satu sama lain berikutan wabak Covid 19 ini menular menerusi sentuhan.

Bagi bantuan RM600 Perkeso ini, semuanya akan dilakukan oleh pihak majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dengan penutupan operasi sementara syarikat mereka. Dengan ini pekerja mereka mempunyai sedikit wang untuk menhadapi krisis wabak coronavirus ini.

Sentiasa jaga kebersihan diri. Elakkan keluar rumah jika tidak perlu. Wabak Covid 19 boleh dihentikan jika semua rakyat memberikan kerjasama. Stay at home. Anda membantu menyelamatkan negara daripada tumbang akibat virus merbahaya ini.

Semoga artikel ini membantu para majikan untuk membantu pekerja mereka menghadapi bencana besar ini. Kita doakan agar negara kita bebas daripada pandemik ini.