Panduan Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP boleh memohon untuk mengeluarkan wang mereka daripada akaun 2. Permohonan ini boleh dilakukan bermula 1 April 2020 bagi membantu rakyat menangani beban kewangan akibat Covid 19. Ia dinamakan pengeluaran i-Lestari.

 

i-lestari

Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan Menerusi Pengeluaran i-Lestari

  • Maksimum pengeluaran adalah RM500 sebulan selama 12 bulan (Bergantung kepada jumlah baki Akaun 2 Pencarum)
  • Pembayaran akan bermula pada bulan permohonan diterima sehingga 31hb Mac 2021.
  • Permohonan Pengeluaran boleh dilakukan dalam masa 12 bulan iaitu bermula 1 April 2020 sehingga 31hb Mac 2021
  • Pembayaran i-Lestari akan bermula pada May 2020.

Bagaimana Nak Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Pemohon boleh memohon dengan mengunakan i-akaun menerusi E-Pengeluaran. Anda boleh mendaftar i-Akaun anda sekarang. (Bermula pada Mei 2020).
  2. Menerusi emel iaitu ilestarimohon@epf.gov.my ( Borang boleh didownload bermula 1 April 2020)
  3. Menerusi pos atau pos berdaftar ke

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Karung Berkunci No.220, Jalan Sultan, 
    46720 Petaling Jaya, Selangor
    (Pengeluaran i-Lestari)

Siapa Yang Layak Memohon Pengeluaran i-Lestari

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur Bawah 55 Tahun
  • Mempunyai simpanan di dalam akaun 2
  • Bukan warga negara yang mempunyai taraf pemastautin tetap

Dengan kebenaran untuk mengeluarkan wang daripada simpanan mereka ini adalah untuk meringankan beban yang ditangguh kerana Covid 19. Jumlah RM500 adalah cukup bagi membeli keperluan asas setiap bulan sepanjang tempoh wabak Covid 19 melanda. Ia adalah pilihan. Jika anda kekurangan wang, boleh mohon mengikut keperluan anda.

Baca juga : Bantuan RM600 Perkeso

Pihak kerajaan akan terus memantau perkembangan wabak Coronavirus ini dan akan mengeluarkan arahan daripada ke semasa.

Rujukan – Pengeluaran i Lestari KWSP

Bagi mereka yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 2 boleh memohon kemudahan pengeluaran ini menerusi 3 cara di atas. Paling mudah ialah secara online menerusi i-Akaun KWSP. Anda boleh mendaftar i-Akaun di laman web EPF. Namun fungsi ini bermula pada bulan Mei 2020.

Cara lain ialah dengan mengisi borang, scan dan emel ke ilestarimohon@epf.gov.my

Cara ke 3 iaitu pos dan pos berdaftar. Cara ini kami tak galakkan untuk mengurang contact bagi menghalang penyebaran Wabak Covid 19. Virus ini mampu hidup beberapa hari pada permukaan plastik dan besi. Sebagai warganegara yang baik, bertindak dengan berhemah dan bertimbang rasa.

Andainya PKP ditamatkan pada 31hb Mac 2020, anda boleh menelefon pejabat KWSP berdekatan anda untuk meminta pertolongan. Jika pejabat KWSP, sentiasa jaga kebersihan dan sila membawa hand sanitizer dan memakai topeng penutup hidung dan mulut.

PENGELUARAN i-LESTARI ADALAH PILIHAN

Pengeluaran i-lestari ini adalah pilihan. Ia bukan wajib kepada semua pencarum. Mereka yang mempunyai simpanan yang mencukupi, tidak perlu memohon mengunakan kemudahan yang diberikan ini. Simpanan dalam akaun 2 adalah kemudahan yang diberikan untuk pengeluaran untuk tujuan selain hari tua anda. Anda boleh memohon untuk membeli rumah, pelaburan dan kemudahan yang dibenarkan oleh KWSP.

Andainya anda kesempitan wang sepanjang wabak Covid 19 melanda, anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan duit simpanan KWSP sebagai sumber kewangan untuk membeli barangan keperluan yang penting.

Jika anda mempunyai wang yang mencukupi, anda boleh biarkan duit anda dilaburkan oleh pihak KWSP dan anda menerima dividen daripada pelaburan berkenaan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Boleh share dengan klik butang dibawah.