Penangguhan Pembayaran PTPTN Selama 6 Bulan

Bagi meringankan beban peminjam PTPTN sepanjang penularan wabak Covid 19, kerajaan membenarkan penangguhan pembayaran selama 6 bulan bermula 23hb Mac 2020 sehingga 30 September 2020. Pada awalnya kelonggar penangguhan diberikan selama 3 bulan, namun selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi berlangsung pada 23hb Mac 2020, Perdana Menteri telah mengumumkan penambahan 3 bulan daripada tawaran sebelum ini.

Maklumat lanjut di laman web rasmi PTPTN

Selain itu, kebanyakan ahli Persatuan Perbankan Islam juga menawarkan penangguhan pembayaran selama 6 bulan kepada semua pelanggan mereka yang terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang penularan wabak Covid 19.

Stay safe. Stay at home sepanjang PKP. Sentiasa jaga kebersihan. Kita jaga kita.