Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin 2020

Kerajaan baru sahaja mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin sebanyak RM250 billion yang akan merangsangkan ekonomi Malaysia yang muram di sebabkan wabak Covid 19 yang semakin menganas. USA kini menjadi negara paling ramai yang positif Covid 19 berikutan langkah yang lambat untuk menangani masalah ini. Daripada 60 kes pada 26 Februari kepada lebih 80,000 kes dalam masa 1 bulan.

Kita beruntung kerana Kerajaan Malaysia mengambil langkah awal untuk membendung Covid 19 dengan langkah Peraturan Kawalan Pergerakan 2 minggu yang lepas menyebabkan penyebaran wabak tidak sepantas di negara Eropah. Dengan adanya pakej rangsangan ekonomi ini dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Sangat Baik

Dalam pakej ini, kerajaan telah merangka dan mengumumkan pelan rangsangan ekonomi yang menyeluruh. Semua pihak akan mendapat manfaat daripada pakej ini. Ini adalah ringkasan daripada pengumuman PM tadi.

1- Penangguhan bayaran premium takaful & insurans selama 3 bulan kepada mereka yang terjejas. Syarikat berkenaan akan menyatakan syarat-syaratnya nanti.

2- Elaun khas frontliner kesihatan dinaikkan dari Rm400 ke RM600 sebulan sehingga virus ini betul-betul ditangani mulai 1 April 2020.

3- Elaun khas badan beruniform RM200 sebulan mulai 1 April 2020.

4- Bantuan Prihatin Nasional secara one-off (sekali jer) untuk semua termasuk pekerja swasta dll:

i) RM 1,600 isirumah RM4,000 ke bawah. RM1,000 dibayar April, RM600 dibayar Mei

ii) RM 1,000 isirumah berpendapatan RM 4,000 – RM 8,000. RM 500 dibayar April, RM500 dibayar Mei

iii) RM 800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendatan RM2,000 kebawah. RM 500 dibayar April, RM300 dibayar Mei

iv) RM 500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendatan RM2,000 – Rm 4,000. RM 250 dibayar April, RM250 dibayar Mei

v) Bayaran BSH seterusnya pada bulan Julai 2020

vi) RM 200 kepada student IPT, RM200 dibayar pada bulan Mei

vii) Bantuan kepada OKU, warga emas & gelandangan berbentuk makanan, barangan penjagaan diri & tempat perlindungan.

5- Tangguhan pembayaran pinjaman PTPTN & PTPK mulai 1 April – 30 Sept 2020.

6- Pencarum PRS akaun B boleh keluarkan sehingga RM1,500 hingga Disember 2020

7- Pengecualian bayaran sewa PPR sehingga 6 bulan.

8- Sewaan bangunan kerajaan persekutuan ditangguhkan selama 6 bulan.

9- Diskaun berperingkat TNB 15% sehingga 50% bagi kediaman dan komersial. Diskaun 2% TNB untuk rumah.

10- Internet percuma 1GB sehari oleh Telco-telco.

11- Bantuan tunai RM500 secara one-off untuk penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk kontrak.

12- Sumbangan pesara RM500 secara one-off.

13- Program subsidi upah Rm 600 sebulan hingga 3 bulan untuk setiap pekerja gaji rm4,000 ke bawah untuk majikan yang berpendapatan menurun lebih 50%. Majikan tidak dibenarkan memberhentikan pekerja.

14- Bantuan RM500 pemandu e-haling, pemandu teksi RM600.

15- Kerajaan tanggung bayaran gaji pekerja am sepanjang PKP ini seperti tukang masak, tukang cuci

16- Dana 4.5billion dari BNM bagi pembiayaan PKS.

17- Kredit mikro diuruskan BSN untuk PKS/SME sehingga RM75,000 dengan faedah 2% tanpa cagaran.

18- KWSP akan perkenalkan rundingan majikan untuk penstrukturan semula bayaran majikan.

19- Pengecualian levi HRDF selama 6 bulan

20- Penangguhan cukai untuk PKS selama 3 bulan

21- Program kewangan sosial , modal permulaan perniagaan dari zakat

22- Projek kecilan untuk baiki infrastruktur untuk kontraktor kelas G.

Jadi jangan bermuram saudara saudari. Semua golongan rakyat akan memperolehi bantuan untuk pakej rangsangan ekonomi kali ini. Tingkatkan ekonomi di dalam negara. Teruskan berbelanja untuk negara.

Kita mampu untuk menghadapi cabaran ekonomi dan kesihatan bersama sama. Kelembapan ekonomi bukan sahaja di alami di Malaysia, ia turut dialami diseluruh dunia. Kita doakan negara kita akan terus dapat bertahan dan pulih dengan secepat mungkin daripada ujian ini.

Semua rakyat Malaysia ingin kita seperti sedia kala. Namun, kita perlu bersabar dalam menempuhi dugaan ini. Sementara PKP sedang berlangsung, teruskan berada di rumah untuk putuskan rantaian penyebaran virus Covid 19 ini di negara kita. Kita boleh..

Leave a Reply