Covid 19: Mohon Bantuan Zakat Negeri Perak Secara Online

Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) kini menawarkan banduan secara dalam talian untuk rakyat negeri perak yang kehabisan makanan sepanjang PKP yang baru sahaja dilanjutkan sehingga 14hb April 2020. Ia berikutan penularan Covid 19 belum menunjukkan tanda penurunan kes jangkitan.

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT (COVID 19)

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan zakat negeri perak, berikut adalah syarat yang dikenakan:

  1. Pemastautin atau bekerja di Perak dan beragama Islam sahaja.
  2. Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM2000. (Tertakluk kepada had kifayah MAIPk)
  3. Terkesan kerana Covid 19 samada tidak dapat berniaga/diberhentikan atau cuti tanpa gaji bermula Mac 2020.
  4. Berkeluarga (Hanya KETUA KELUARGA sahaja boleh memohon)
  5. Nama pemohon dan nama pemegang akaun MESTILAH SAMA.
  6. Keutamaan diberikan kepada Asnaf Fakir Miskin yang pernah berdaftar dengan MAIPk KECUALI penerima Bantuan Bulanan Kewangan MAIPk, Bantaun JKM atau Kad Prihatin Perak.

CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT NEGERI PERAK

Jika anda menepati kesemua syarat diatas. Anda boleh melayari laman web dibawah untuk memohon.

>> https://isyura.maiamp.gov.my/kecemasan

Bagi mereka yang tidak mempunyai talian internet, anda boleh menghubungi Talian Hotline – 05-2084085 . Isnin-Jumaat jam 9.00 pagi ke 1.00 Petang sahaja.

Atau terus menghubungi  Hotline Bilik Gerakan Covid 19 Negeri Perak di talian 05-2413064/05-2413062

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan. Kebanyakan kakitangan bekerja dari rumah. Mohon telefon pada waktu yang ditetapkan sahaja.

PECAHAN BANTUAN ZAKAT

Dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, berikut adalah Jumlah Peruntukan Dana Khas Agihan Zakat Negeri Perak Bagi Bantuan Menangani Kesan Covid 19.

  1. Bantuan Kotak Makanan (RM240,000) – Bantuan disalurkan menerusi Bilik Gerakan Covid 19 di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri Perak.
  2. Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup (RM5.800,000) – Rujuk diatas untuk syarat dan cara permohonan
  3. Bantuan Khas Modal Pusingan (RM2,000,000) – Bantuan disasarkan kepada peniaga, penjaja dan usahawan yang pernah menerima bantuan modal daripada MAIPk yang terjejas perniagaan mereka akibat PKP.
  4. Bantuan Terputus Bekalan Makanan  (RM100,000) РBantuan khas untuk siswa dan siswazah IPTA/IPTS di seluruh negeri perak yang masih tinggal di tempat pengajian semasa PKP.
  5. Bantuan Pengurusan dan Kebajikan Pelajar Luar Negara (RM100,000) – Bantuan untuk pelajar negeri Perak yang berada di luar negara dan terjejas dengan Covid 19
  6. Sumbangan Khas Petugas Barisan Hadapan Covid 19 (RM500,000) – Sumbangan disalurkan kepada KKM, PDRM. ATM dan agensi yang terlibat dalam menangani Covid 19.
  7. Sumbangan Khas Peralatan Kesihatan dan Perubatan (RM1,000,000) – Sumbangan disalurkan kepada Hospital hospital mengikut keperluan berdasarkan cadangan dan permintaan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
  8. Sumbangan Khas Peralatan Pecegahan Covid 19 (RM1,500,000) -Pembelian peralatan pencegahan penularan wabak covid 19 seperti topeng mulut dan hidung, sarung tangan dan juga hand sanitizer untuk disalurkan ke masjid, surau dan orang awam di negeri perak.
  9. Kontigensi (RM710,000) – Rizab untuk perbelanjaan untuk menampung keperluan luar jangka pada masa akan datang.

Diatas adalah Dana Khas Bantuan Covid 19 daripada zakat negeri Perak.

 

bantuan zakat

Leave a Reply