Bantuan Zakat Khas Covid 19 Negeri Selangor

Bantuan Zakat Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

bantuan zakat khas

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

 

Objektif

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
    3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
    4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
    5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Zakat Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

 

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah cara/kaedah untuk memohon bantuan ?

  1. Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)
  2. Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Melalui Portal Bantuan Khas Covid-19 (24 Jam, 7 hari seminggu)

** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

2. Siapakah yang layak untuk membuat permohonan ?

  1. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  2. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga.
  3. Peniaga / Penjaja Kecil atau pekerja B40 yang terputus pendapatan.

3. Berapa lamakah tempoh proses permohonon?

Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan.

4. Sehingga bilakah permohonan ini dibuka?

Pemohonan ini dibuka bermula 25hb Mac 2020 (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.

5. Apakah maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan ?

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional)
  3. Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  4. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
  5. Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.

6. Bagaimanakah kaedah penyerahan dokumen?

Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat naik (upload) ke dalam Portal BKC19. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang).

7. Adakah pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, nazir masjid dan sebagainya?

Tidak Perlu.

8. Adakah permohonan ini boleh dibuat berulang kali?

Tidak boleh, bantuan ini hanya berbentuk ONE OFF (sekali sahaja) bagi setiap keluarga atau individu. Permohonan KALI KEDUA adalah TIDAK DIBENARKAN demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

9. Jika saya tiada akaun bank, bagaimanakah kaedah penyaluran bantuan?

Melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.

10. Adakah asnaf Fakir/Miskin/Muallaf semasa boleh membuat permohonan ?

Boleh. Sekiranya pendapatan anda terjejas, boleh memohon dengan menghubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343.

11. Saya seorang pelajar (contoh pelajar UITM). Bagaimanakah saya hendak memohon bantuan makanan?

  1. LZS akan menyalurkan bantuan melalui pengurusan IPT. Mohon rujuk Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing.
  2. Untuk sebarang permohonan bantuan, termasuk pelajar yang menetap di luar kampus sila rujuk kepada HEP yang berkenaan.

12. Berapakah jumlah bantuan yang boleh diterima dan berapa kadar maksimum ?

  1. One Off – RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga
  2. Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

13. Bagaimanakan caranya saya untuk membuat semakan status permohonan?

Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini : Portal Bantuan Khas Covid-19.

Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakatONLINE

14. Adakah Lembaga Zakat Selangor melantik mana-mana individu/agensi untuk membantu proses permohonan?

Tiada. Semua permohonan diuruskan secara terus oleh Lembaga Zakat Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Zakat Khas Ini

1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
2 Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
3 Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
4 Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon.

Baca juga : Pengeluaran Akauan 2 KWSP i Lestari

PERMOHONAN

Untuk Memohon Bantuan Khas ini semuanya diatas talian. Anda perlu scan dokumen yang diperlukan dan upload ke dalam sistem permohonan ini.

 

KLIK SINI UNTUK MOHON BANTUAN ZAKAT SELANGOR

 

 

Diharap dengan bantuan zakat khas Covid 19 ini dapat meringankan beban yang ditanggung semasa penularan wabak ini.