Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 Agensi Pengurusan Bencana (NADMA)

Berikutan penularan Covid 19 yang menjejaskan kebanyakan sektor pekerjaan di pelbagai bidang. Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menawarkan bantuan khas Covid 19 sebanyak RM100 sehari kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia tertakluk kepada syarat dan kelayakan tertentu.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid 19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

KELAYAKAN BANTUAN NADMA

Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Kadar bantuan yang diberikan ialah RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh di tahan wad akibat Covid 19.

Bantuan ini diberikan secara one off (sekali sahaja). Andainya penuluran wabak covid 19 berulang, mereka tidak lagi layak untuk mendapat bantuan ini untuk kali kedua dan seterusnya.

CARA MEMOHON BANTUAN NADMA

Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA. Atau pada pautan dibawah jika tak jumpa:

Garis Panduan – http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf

Lampiran A – http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf

Lampiran B – http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf

Lampiran C – http://www.nadma.gov.my/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

DOKUMEN PENTING UNTUK SOKONGAN 

Selain itu, pemohon perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:

  1. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  2. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

Manakala bagi pemohon yang dimasukkan ke dalam ward akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

CARTA ALIRAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19

bantuan khas covid 19

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pandemik covid 19 yang semakin membimbangkan. Terus berada di rumah. Kita jaga kita. Jangan keluar rumah jika tidak perlu. Wabak ini tersebar menerusi sentuhan.

Stay at home. Putuskan penyebararan wabak ini. Ianya boleh dikawal jika anda semua memberikan kerjasama terhadap semua arahan kerajaan. Doakan Wira di kita di medan hadapan seperti polis, doktor, jururawat, tentera dan agensi yang terlibat demi menjaga keselamatan kita semua.

Hargai pengorbanan mereka dengan duduk di rumah. Hapuskan penyebaran virus covid 19.

Stay safe everyone. Mohon share agar maklumat ini sampai ke golongan sasar yang perlu dan layak menerima bantuan khas covid 19 ini.

Terima kasih.

Boleh guna butang dibawah untuk share.